Monday, November 30, 2009

Ada Apa Dengan ; MICHEAL JACKSON a.k.a MIKAEEL

Monday, November 24, 2008


Assalamualaikum w.b.t

Hmmm…cuaca di rumah masih tidak berubah. Walaupun sudah masuk hari yang ketiga berada di rumah, cuaca tetap sama. Tak nampak CAHAYA pun…hujan dan mendung memanjang.:(

Dalam tengah2 lepak2 buka internet, seperti biasa baca paper la..start dengan UTUSAN, lepas tu NST dan tidak ketinggalan HARAKAHDAILY. Dalam ketiga2 paper hari ini, tiada isu yang menarik diketengahkan. Macam biasa, utusan hentam isu2 yang mereka TIDAK FAHAM dan di jawab oleh harakah. Kadang2 kasihan pula teringatkan, kalau2 ada mereka2 yang hanya mendengar daripada satu pihak sahaja, tanpa mendapat penjelasan daripada satu pihak yang lain. Tambah buruk, jika mereka2 itu memburuk2kan lagi pihak yang lagi satu. Sedih2… ;-

148. Allah tidak menyukai ucapan buruk[371], (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya[372]. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (surah An- Nisaa’ ayat 148)

Apapun, syabas buat kerajaan PERAK kerana telah melantik exco bahagian penerangan negeri yang ‘lain’ bagi membidas isu2 yang telah diPUTAR BELIT. InsyaAllah akan terbit mungkin buku kecil yang akan diedar secara percuma kepada orang awam sebanyak kalau tidak silap 30,000 naskhah tiap bulan. Alhamdullillah…

Namun apa yang menarik hari ini, yang menyebabkan saya terSENYUM ialah berita pengISLAMan seorang yang dahulunya masyhur di industri MUZIK dunia. Saudara baru tersebut ialah MICHEAL JACKSON yang telah memeluk islam dan menukar nama menjadi MIKAEEL JACKSON, ‘mikaeel’ sempena nama malaikat ALLAH yang ditugaskan untuk memberi REZEKI.



Betulah, HIDAYAH ALLAH itu tidak dapat kita bayangkan. Sedangkan kita yang dilahirkan MUSLIM masih banyak kepincangan,masih tidak mengerti AGAMA, bodoh dan tidak dapat menerima hukum2 ALLAH. Betapa lemahnya INSANmu ini YA ALLAH…

Pengislaman MJ juga mempunyai pro dan kontra. Ada laman web yang mengkritik seolah2 memeluk islam sebagai jalan keluar masalah yang dihadapi. Sepertimana yang diketahui disaman oleh seorang jutawan yang beragama ISLAM. By then, untuk FIRST SIGHT, sebagai seorang muslim, tentulah gembira dan mengalu2kan saudara baru ini. Mudah2han MJ dapat menggunakan bakat yang ada untuk berDAKWAH dan memperjelaskan kefahaman tentang ISLAM. Ada berita yang mengatakan bahawa MJ telah membina sebuah MASJID yang mempunyai kelas2 pengajaran agama dan guru2 yang mengajar adalah mempunyai standard yang tinggi.

Sama2lah kita berdoa moga SYIAR islam akan sentiasa SEGAR walaupun pelbagai TOMAHAN DAN keHINAan terpaksa dihadapi. Perhatikan ayat ini ;-

101. Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (surah Al- Imran ayat 101)

Quran dan sunnah menjadi pegangan….ALLAHUAKBAR!!


INI PENDAPAT SAYA, PENDAPAT ANDA BAGAIMANA ?

Menulis mencambah minda
Menjadi generasi ghuraba’
Membina jalan bahagia bagi…http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=6261162036307766203&postID=6929238528224659233
Menjalani kehidupan menuju yang ESA



P/S- ARTIKEL INI DITULIS SEBELUM MIKAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA. APA YANG BAIL DIAMBIL, APA YANG BURUK SILA TEGUR…

1 comments:

Anonymous said...

napa gmbr mikhael tu mcm kna edit? mmg gmbr tu begitu kah bila ditemui (search engine)?