Monday, November 30, 2009

ADA APA DENGAN KEMATIAN

Sunday, November 23, 2008


Semalam saya menjenguk youtube dan saya cuba ‘mengekori’ berita yang agak GEGE di tv mengenai video kematian yang diberikan kepada murid2 skolah rendah. Dimulakan saya mencari video tersebut..bile saya tengok, “…laaaa…yang ni ke..,” keluh saya apabila melihat video tersebut..rupe2nya, dah lama video tersebut dibuat dan sudah banyak ia terjual..tiada masalah pun..apa yang masalah sebenarnya? Jenguk punya jenguk, terjumpa la komen ibubapa ‘kononnya’ yang mewakili ibubapa lain yang tidak PUAS HATI mengenai penayangan VIDEO tersebut…

Alasannya, mengganggu psikologi anak2, perangai ‘BERUBAH’…

Apa agaknya yang difikirkan oleh ibu dan bapa anak tersebut. Bapa merupakan seorang berketurunan ‘mat saleh’ dan ibunya seorang melayu dan mungkin kedua-duanya beragama ISLAM melihat kepada nama ibunya yang pure melayu dan ada binti lagi dan suaminya ada ABDULLAH di belakang namanya. Malah, ibunya seorang bergelar DR dihadapan. Memakai ‘penutup kepala’.

Adakah kita faham akan REALITI dan FANTASI ? pernahkah kita mengamati ayat ini :-

185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (surah Al- Imran ayat 185)

Tidak pula dalam ayat tersebut dinyatakan tiap2 yang berjiwa TUA yang BALIGH yang dah BERKAHWIN akan merasakan MATI. Masih tak faham?? Maknanya, soal KEMATIAN ini tidak mengenal siapa2..kalau sudah sampai ajalnya, maka akan meninggal lah MEREKA. Samada tua atau MUDA, MESEJ kematian ini harus disampaikan. Kenapa takut? kenapa mengganggu psikologi??adakah kita risau anak kita ‘berjalan’ menuju mati tetapi kita ‘berlari’ kearah DUNIAWI. Sedarlah wahai saudara2 ISLAMKU…kita semua sudah dibekalkan dengan ilmu. Gunakanlah akal fikiran. Cuba bayangkan, jika kita menolak kehidupan selepas mati, betapa AZABNYA kita di akhirat…

Memang patut sekali anak2 yang masih muda melihat perkara sebegitu. Mereka akan sedar dan ustaz/ah yang memantau akan memperincikan lagi kejadian yang berlaku…dalam video itu, hanya membayangkan SEKELUMIT sahaja apa yang bakal berlaku…itu hanyalah IKTIBAR kepada masyarakat. Perhatikan ayat ini :-

197. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.
(surah Al- ‘imran ayat 197)
Kalau kita dirumah tidak pernah mengingatkan mengenai kematian, maka apa yang dijalankan di sekolah, patutnya di puji dan patutnya ibubapa MALU kerana terlupa untuk mengingatkan anak-anak mereka. Cuba bayangkan, jikalau kita ada memberi penerangan kepada anak2 tentang azab kubur, kemudian di sekolah pula diberi gambaran video, tidakkah anak2 menjadi lebih baik dan TAKUT kepada ALLAH. Secara mudahnya, aspek ibadah akan mudah untuk dijalankan tanpa banyak persoalan. adik nak ke jadi macam tu esok2? Adik tak nak solat, jadi macam tu la..adik lawan cakap mak, jadi macam tu la…bukankah ia menjadi psikologi yang baik untuk anak2..yang menjadi masalah, apabila pro dan kontra antara guru yang memahami dan ibubapa yang BUTA pemahaman.

Sebenarnya, kita LEKA..rata2 perkara yang berada si pemikiran anak2 adalah hiburan semata-mata. Tidak pula kita risau dengan pelbagai kemaksiatan yang dijalankan oleh KOTAK HITAM di rumah kita. Ada yang lebih canggih kotak NIPIS yang menJIMATkan ruang kononnya. Akademi fantasia, mystarz, one in million, HBO, AXN, SMV, huh, banyak betul tak terkira. Yang baiknya, ada satu channel sahaja, OASIS…itu pun bercampur antara haq dan batil…

Adakah kita salah mentafsir atau kita salah ditafsir, bergantung kepada diri kita sendiri. Ibubapa pencorak keluarga. Adakah kita pendidik atau kita sendiri perlu dididik…fikir2 kanlah…renungi ayat ini :-

204. Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (surah Al-a’raaf)


INI PENDAPAT SAYA, PENDAPAT ANDA BAGAIMANA ?

Menulis mencambah minda
Menjadi generasi ghuraba’
Membina jalan bahagia bagi…
Menjalani kehidupan menuju yang ESA

0 comments: