Monday, November 30, 2009

ADA APA DENGAN BLOG?

0 comments
Sunday, November 2008


Weih, bile nak update? Ko ni wah…update la..? uiks, ader blog ke? Tido ke ? bile la nak bertambah…

Alhamdullilah, ayat2 diatas antara penunjuk bahawa masih ada yang CAKNA dengan saya..pertamanya, terima kasih la buat sahabat yang ambil berat dan sanggup menjenguk blog saya walaupun amat jarang sekali(maknanya x penah update la tu) saya update.

Istilahnya, blog merupakan wadah teknologi yang menjadi pro dan kontra dalam masyarakat. Bagi saya sendiri, dalam penulisan berjenis blog ini, ia mencetus banyak idea2 yang bercorak FREEDOM( kebebasan). Malah, pembaca blog juga tidak terdiri dari satu jenis sahaja, tetapi seluruhnya. Blog juga mencorak identiti seseorang penulis blog itu sendiri. Ada yang menulis sekadar perlu, dan ada yang menulis untuk memberi tahu dan juga ada yang menulis sekadar itu….

Generasi blog secara kasarnya akan memberi 100 peratus peluang kepada KITA untuk memberikan pendapat. Jika kita seorang penulis dalam akhbar atau majalah yang berdaftar, mesti ada yang akan membaca dan menapis dahulu apa yang keluar,tetapi, didalam blog, sifat LIMITED itu tidak ada. ‘There is no limit’. Sifat blog yang NO NELIGIBLE menjadikan ia satu medan peperangan idea. Pelbagai perkara dapat dicambahkan dalam blog daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

Namun, apa yang terjadi di MALAYSIA menjadikan sifat blog itu NARROW dan tidak membenarkan percambahan pendapat. Kenapa saya berkata demikian?...cuba kita amati apa yang berlaku sekarang..penulis blog boleh kena DAKWA? Apa ini semua?..pelik..blog yang didaftar seperti emel, merupakan web PERCUMA dan tidak mengehadkan PEMBACA sehingga penulis blog boleh didakwa di mahkamah. Inilah situasi MASYARAKAT kita sebenarnya. Kita sering menyekat pemikiran sesorang itu atas alasan yang amat CETEK. Politik, gugat Negara, ancaman, motif menghina…

Sedih sebenarnya apabila MENTERI sendiri mengutarakan supaya penulis blog menjaga etika. Pahamkan mereka akan etika? Adakah anda menyamakan etika dengan AKHLAK? Saya letakkan jawapan di sisi anda sebagai pembaca untuk renungkan. Saya menulis artikel ini supaya jangan kita MENULIS dalam keadaan TAKUT. Ini kerana, jika kita hanya terarah kepada satu GENRE sahaja, thinking OUTSIDE the box tidak akan terjadi…

Saya suka blog seperti saifulislam.com, ustaz zaharuddin dan baracobama.com

Ketiga-tiga blog yang saya nyatakan ini adalah antara blog yang menampakkan VARIATION of genre yang ditampilkan. Saifulislam banyak mencanang idea2 yang bernas bersandarkan agama ISLAM. Ustaz Zaharuddin pula menulis dengan mencanang soalan daripada pembaca disamping mengolah ISU2 semasa dengan baik. Kenapa barrack obama? Websitenya, menjadi blog dan tempat untuk rakyat Amerika menderma. Malah isu-isu yang diketengahkan tidak ada penghadang( betul ke? kalau salah betulkan). Jadi kita nampak corak pemikiran. Kaitan dan keterbukaan yang dimaksudkan. Bukankah itu tujuan BLOG? Malah saya juga pernah melayari blog yang menghentam habis2an obama. Tidak pula mereka ditahan ISA. Kenapa? Take ur own ‘brain’ 2 think..

Nanti akan ada yang akan bertanya…habis bolehla kita HINA2 orang, HENTAM2 orang dalam blog?...boleh la kita buat blog LUCAH nanti…jika seorang non-muslim yang bertanya, saya akan jawab gunakanlah AKAL FIKIRAN yang WARAS bukan nafsu…tetapi jika seorang muslim bertanya, saya akan jawab :-

18. yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (surah Az-zumar ayat 18)


INI PENDAPAT SAYA, PENDAPAT ANDA BAGAIMANA ?

Menulis mencambah minda
Menjadi generasi ghuraba’
Membina jalan bahagia bagi…
Menjalani kehidupan menuju yang ESA

sedikit penjelasan

0 comments
isnin,1.29 pm,rumah

assalamualaikum w.b.t

syukur, saya diberi iradat oleh Allah SWT supaya saya dapat mencoret sedikit perkara. tujuan saya sebenarnya adalah untuk menjelaskan mengenai article saya yang bertajuk 'Tasuf moden' yang agak 'wierd' kalo dibace...artikel itu ditulis saya sudah lame dan saya menulis dalam bentuk word dan perlu diedit untuk dimasukkan dalam blog..jadi, saya memang dekat setaun x update blog, so ayat yang 'seminggu saya xupdate....' itu adalah tulisan saya sendiri yang saya tulis semase cuti sem lepas dalm bentuk word..xdiedit, jadi artikel itu menjadi agak pelik..so, saya sertakan antara artikel yang saya tulis sepanjang cuti yang lalu...

doakan moga saya terus istiqamah untuk mengupdate blog..huhuhuh..inilah salah satu wadah perjuangan kita..InsyaAllah...salam aidiladha sahabat2 yang mengunjungi blog saya...

Friday, September 11, 2009

Ada apa dengan ; TASAUF MODEN

0 comments

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih saya TIDAK ADA kesempatan untuk menulis, hari ini terdetik untuk saya mencanang sedikit buah fikiran setelah lama berCUTI. Sepanjang masa ini, saya terdetik “ hish…apa la nak tulis ek??apa tajuk yang sesuai ye??,” macam2 benda terdetik dalam kepala. Tetapi, keinginan untuk berKONGSI itu tidak timbul2…sedih betul…


Sepanjang 11 hari ni. Saya sempat menghabiskan buku ‘tasauf moden’ dan dalam proses sekarang ialah ‘amal jamaie’ dan novel inggeris berjudul ‘angels and demon’. insyaAllah, saya akan mengeluarkan komen saya berkenaan buku yang saya baca, sekiranya sempat abis le…


Tasauf moden merupakan nukilan ulama’ terkenal Indonesia yang juga merupakan Ketua Majlis Ulama’ Indonesia pada tahun 1975. Namanya Prof. Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA). Jika disusuri perjalanan hidup HAMKA ini, memang banyak ranjau2 yang ditempuh dan pengiktirafan yang diperoleh. Lebih membuatkan saya terpaku dengan HAMKA ialah beliau mampu mentafsirkan Al-Quran dengan ‘tafsir Al- Azhar’ ketika beliau berada didalam tahanan selama 27 bulan. Kalau tidak silap, tafsir Al-Azhar itu mengandungi 9 jilid. Lihatlah, betapa luas dan tinggi pengamatan HAMKA dalam kehidupan berlandaskan Al- quran. Nauzubillah…


Daripada sini, kita dapat lihat, jika kita berjuang di jalan ALLAH, kita akan ditimpa pelbagai dugaan untuk menegakkan keBENARan di dunia ini. Jika kita meRASA kita seorang JUNDULLAH, tetapi kita senang, rilek je tiada masalah, cuba2lah kita muhasabah diri kita balik. Perhatikan ayat ;-


11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

(surah As- Saff ayat 11)


Buku ini pertamanya memberi erti tasauf. Banyak erti tasauf yang diberikan. Tapi yang sepakat ialah ‘ilmu ketuhanan’. Walaupun ada pendapat yang lebih DETAIL, namun saya ambil ‘ILMU KETUHANAN’. Dalam buku ini banyak diajar bagaimana kita ingin mencari erti kebahagiaan. Adakah kita meletakkan kebahagiaan itu disisi harta yang banyak, hidup selesa, isteri yang cantik, bermewah-mewahan??. HAMKA mengambil pendapat pelbagai cendikiawan dari barat mahupun timur. Antaranya Leo Tolstoy, Bertrand Russel, George Bernard, Aristotle , imam Ghazali dan juga RASULLULAH S.A.W. tapi yang pasti, sebagai seorang ISLAM kebahagiaan itu dapat kita perolehi apabila kita mendekatkan diri denganNYA. Contohnya, apabila kita berharta, kita tidak membelanjakan dengan nafsu, tapi,kita bersedekah, tidak membazir, memberi bantuan, jadi kita telah membuat peLABURan di akhirat. Secara tidak langsung, di dunia baik, insyaAllah di akhirat sama. Malah, jika kita seorang yang tidak berharta, kita akan dapat kebahagiaan dengan ketenangan. Sentiasa mengingati Allah, berbuat baik. Fikiran akan lapang dan ketenangan akan timbul. Inilah keBAHAGIAan yang dicari. Itulah cetusan yang patut timbul dalam diri.


Bagi menimbulkan cetusan ini, HAMKA menegaskan sentiasa mengingati MATI. Tonton video kematian hari2..(hehe). Ini kerana, jika kita ingat mati, ROH untuk sedar itu tinggi. Bayangkan, jika kita dijemput tuhan ketika kita bermaksiat? Adakah kita layak masuk syurga?dapat syafaat nabi?. Itulah, kenikmatan beragama, menyebabkan kita tidak takut untuk menempuh hari menDATANG.

Sunday, September 7, 2008

ADA APA DENGAN PUASA?

0 comments

“You neither eat nor drink the whole day?” Tan asked me.

“Yes. The whole day. But not at night. Only from dawn to sunset”, I replied.

“How can you survive? Can you survive?”, Tan asked again.

I smiled.

“Well, it’s not just you. Even Habib Bourguiba, the late President of Tunisia who was also a ‘Muslim’, convinced that fasting is against productivity. You know the history?”, I took my turn asking Tan my question.

“How should I know? Tell me!”, he said.

In 1961, Habib Bourguiba made a controversial statement claiming that fasting should not be observed for it reduces productivity. He then appeared on television with his cabinet, eating and drinking during Ramadhan.

“Why so harsh?”, Tan was shocked.

“I don’t know. Was it out of ignorance or arrogance? Perhaps a combination of both”, I replied.

Even though fasting is there in the name of Lent among Christians, it is always the Muslim’s version that cultivates questions and debates.

In order to understand about the real meaning of fasting, one should agree that it has something to do with our own paradigm and world view. The way we view things; like I always quote, “what you see is what you get”.

petikan ini di ambil daripada saifulislam.com, erti hidup pada memberi...

p/S -- sedikit komentar ini memberikan kepada kita bahawa setiap apa yang kita lakukan yang disyariatkan oleh Allah,pasti ada hikmah disebaliknya..janganlah kita menjadi seorang yang membuta tuli tanpa memikirkan sesuatu. perbuatan yang dilakukan oleh Habib Bourgiba memberi teladan bahawa,ceteknya minda kita sebagai umat Islam yang jahil. malah kita tidak mahu sedikit ingin merasa kenikmatan melakukan ibadah kepadanya.... segala apa yang baik itu jadikan teladan dan yang buruk itu jadikan sempadan..kepada semua pengunjung, jazakallah hu khairan jazak...

**MUTIARA KATA**
jika azam dan semangat untuk belajar terus berkobar dalam hati,maka tidak ada sebarang halangan yang boleh menghambat langkah seseorang daripada terus menguasai ilmu pengetahuan...







Friday, September 5, 2008

** salam ta'aruf **

1 comments
assalamualaikum wbt.

salam perkenalan kepada sahabat-sahabat sekalin yang membantu serta mengesyorkan kepada saya mengenai blog saya pada kali ini. terima kasih kepada amir, syabri, ilham yang membantu ketika saya susah dan senag semasa saya membuat blog ini...hehehe..bajet2..bangga la dieorang nih...apepun, doakan semoga blog saya ini sentiasa dikunjungi dan paling penting, terus aktif!!! wassalam...

***MUTIARA KATA***

musuh para pemuda yang utama ialah masa lapang yang panjang dan masa tidur yang lama. oleh itu, jadikan perjuangan islam sebagai medan para pemuda untuk berjuang menuju syahid....