Sunday, November 2008
Weih, bile nak update? Ko ni wah…update la..? uiks, ader blog ke? Tido ke ? bile la nak bertambah…
Alhamdullilah, ayat2 diatas antara penunjuk bahawa masih ada yang CAKNA dengan saya..pertamanya, terima kasih la buat sahabat yang ambil berat dan sanggup menjenguk blog saya walaupun amat jarang sekali(maknanya x penah update la tu) saya update.
Istilahnya, blog merupakan wadah teknologi yang menjadi pro dan kontra dalam masyarakat. Bagi saya sendiri, dalam penulisan berjenis blog ini, ia mencetus banyak idea2 yang bercorak FREEDOM( kebebasan). Malah, pembaca blog juga tidak terdiri dari satu jenis sahaja, tetapi seluruhnya. Blog juga mencorak identiti seseorang penulis blog itu sendiri. Ada yang menulis sekadar perlu, dan ada yang menulis untuk memberi tahu dan juga ada yang menulis sekadar itu….
Generasi blog secara kasarnya akan memberi 100 peratus peluang kepada KITA untuk memberikan pendapat. Jika kita seorang penulis dalam akhbar atau majalah yang berdaftar, mesti ada yang akan membaca dan menapis dahulu apa yang keluar,tetapi, didalam blog, sifat LIMITED itu tidak ada. ‘There is no limit’. Sifat blog yang NO NELIGIBLE menjadikan ia satu medan peperangan idea. Pelbagai perkara dapat dicambahkan dalam blog daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.
Namun, apa yang terjadi di MALAYSIA menjadikan sifat blog itu NARROW dan tidak membenarkan percambahan pendapat. Kenapa saya berkata demikian?...cuba kita amati apa yang berlaku sekarang..penulis blog boleh kena DAKWA? Apa ini semua?..pelik..blog yang didaftar seperti emel, merupakan web PERCUMA dan tidak mengehadkan PEMBACA sehingga penulis blog boleh didakwa di mahkamah. Inilah situasi MASYARAKAT kita sebenarnya. Kita sering menyekat pemikiran sesorang itu atas alasan yang amat CETEK. Politik, gugat Negara, ancaman, motif menghina…
Sedih sebenarnya apabila MENTERI sendiri mengutarakan supaya penulis blog menjaga etika. Pahamkan mereka akan etika? Adakah anda menyamakan etika dengan AKHLAK? Saya letakkan jawapan di sisi anda sebagai pembaca untuk renungkan. Saya menulis artikel ini supaya jangan kita MENULIS dalam keadaan TAKUT. Ini kerana, jika kita hanya terarah kepada satu GENRE sahaja, thinking OUTSIDE the box tidak akan terjadi…
Saya suka blog seperti saifulislam.com, ustaz zaharuddin dan baracobama.com
Ketiga-tiga blog yang saya nyatakan ini adalah antara blog yang menampakkan VARIATION of genre yang ditampilkan. Saifulislam banyak mencanang idea2 yang bernas bersandarkan agama ISLAM. Ustaz Zaharuddin pula menulis dengan mencanang soalan daripada pembaca disamping mengolah ISU2 semasa dengan baik. Kenapa barrack obama? Websitenya, menjadi blog dan tempat untuk rakyat Amerika menderma. Malah isu-isu yang diketengahkan tidak ada penghadang( betul ke? kalau salah betulkan). Jadi kita nampak corak pemikiran. Kaitan dan keterbukaan yang dimaksudkan. Bukankah itu tujuan BLOG? Malah saya juga pernah melayari blog yang menghentam habis2an obama. Tidak pula mereka ditahan ISA. Kenapa? Take ur own ‘brain’ 2 think..
Nanti akan ada yang akan bertanya…habis bolehla kita HINA2 orang, HENTAM2 orang dalam blog?...boleh la kita buat blog LUCAH nanti…jika seorang non-muslim yang bertanya, saya akan jawab gunakanlah AKAL FIKIRAN yang WARAS bukan nafsu…tetapi jika seorang muslim bertanya, saya akan jawab :-
18. yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (surah Az-zumar ayat 18)
INI PENDAPAT SAYA, PENDAPAT ANDA BAGAIMANA ?
Menulis mencambah minda
Menjadi generasi ghuraba’
Membina jalan bahagia bagi…
Menjalani kehidupan menuju yang ESA
Monday, November 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment