Friday, September 11, 2009

Ada apa dengan ; TASAUF MODEN

0 comments

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih saya TIDAK ADA kesempatan untuk menulis, hari ini terdetik untuk saya mencanang sedikit buah fikiran setelah lama berCUTI. Sepanjang masa ini, saya terdetik “ hish…apa la nak tulis ek??apa tajuk yang sesuai ye??,” macam2 benda terdetik dalam kepala. Tetapi, keinginan untuk berKONGSI itu tidak timbul2…sedih betul…


Sepanjang 11 hari ni. Saya sempat menghabiskan buku ‘tasauf moden’ dan dalam proses sekarang ialah ‘amal jamaie’ dan novel inggeris berjudul ‘angels and demon’. insyaAllah, saya akan mengeluarkan komen saya berkenaan buku yang saya baca, sekiranya sempat abis le…


Tasauf moden merupakan nukilan ulama’ terkenal Indonesia yang juga merupakan Ketua Majlis Ulama’ Indonesia pada tahun 1975. Namanya Prof. Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA). Jika disusuri perjalanan hidup HAMKA ini, memang banyak ranjau2 yang ditempuh dan pengiktirafan yang diperoleh. Lebih membuatkan saya terpaku dengan HAMKA ialah beliau mampu mentafsirkan Al-Quran dengan ‘tafsir Al- Azhar’ ketika beliau berada didalam tahanan selama 27 bulan. Kalau tidak silap, tafsir Al-Azhar itu mengandungi 9 jilid. Lihatlah, betapa luas dan tinggi pengamatan HAMKA dalam kehidupan berlandaskan Al- quran. Nauzubillah…


Daripada sini, kita dapat lihat, jika kita berjuang di jalan ALLAH, kita akan ditimpa pelbagai dugaan untuk menegakkan keBENARan di dunia ini. Jika kita meRASA kita seorang JUNDULLAH, tetapi kita senang, rilek je tiada masalah, cuba2lah kita muhasabah diri kita balik. Perhatikan ayat ;-


11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

(surah As- Saff ayat 11)


Buku ini pertamanya memberi erti tasauf. Banyak erti tasauf yang diberikan. Tapi yang sepakat ialah ‘ilmu ketuhanan’. Walaupun ada pendapat yang lebih DETAIL, namun saya ambil ‘ILMU KETUHANAN’. Dalam buku ini banyak diajar bagaimana kita ingin mencari erti kebahagiaan. Adakah kita meletakkan kebahagiaan itu disisi harta yang banyak, hidup selesa, isteri yang cantik, bermewah-mewahan??. HAMKA mengambil pendapat pelbagai cendikiawan dari barat mahupun timur. Antaranya Leo Tolstoy, Bertrand Russel, George Bernard, Aristotle , imam Ghazali dan juga RASULLULAH S.A.W. tapi yang pasti, sebagai seorang ISLAM kebahagiaan itu dapat kita perolehi apabila kita mendekatkan diri denganNYA. Contohnya, apabila kita berharta, kita tidak membelanjakan dengan nafsu, tapi,kita bersedekah, tidak membazir, memberi bantuan, jadi kita telah membuat peLABURan di akhirat. Secara tidak langsung, di dunia baik, insyaAllah di akhirat sama. Malah, jika kita seorang yang tidak berharta, kita akan dapat kebahagiaan dengan ketenangan. Sentiasa mengingati Allah, berbuat baik. Fikiran akan lapang dan ketenangan akan timbul. Inilah keBAHAGIAan yang dicari. Itulah cetusan yang patut timbul dalam diri.


Bagi menimbulkan cetusan ini, HAMKA menegaskan sentiasa mengingati MATI. Tonton video kematian hari2..(hehe). Ini kerana, jika kita ingat mati, ROH untuk sedar itu tinggi. Bayangkan, jika kita dijemput tuhan ketika kita bermaksiat? Adakah kita layak masuk syurga?dapat syafaat nabi?. Itulah, kenikmatan beragama, menyebabkan kita tidak takut untuk menempuh hari menDATANG.